Empat atlet Jepun dihantar pulang - Utusan Malaysia

Empat atlet Jepun dihantar pulang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA 20 Ogos – Empat atlet bola keranjang Jepun di Sukan Asia 2018 dihantar pulang kerana didapati melanggan khidmat pelacur.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menurut jurucakap Jawatankuasa Olimpik Jepun (JOC), kempat-empat pemain itu, Yuya Nagayoshi, Takuya Hashimoto, Takuma Sato, Keita Imamura, dilihat berada di sebuah sarang pelacuran di Jakarta sambil memakai jersi kebangsaan, Khamis lalu.

“Saya berasa amat malu dengan insiden ini,” kata chef de misson Jepun, Yasuhiro Yamashita.

Yamashita turut dipetik oleh agensi berita Kyodo sebagai berkata, keempat-empat pemain itu “membuat bayaran bagi mendapatkan khidmat pelacur”.

“Saya ingin memohon maaf kepada semua rakyat Jepun, JOC dan para peminat bola keranjang di atas insiden ini,” kata Pengerusi Persatuan Bola Keranjang Jepun, Yuko Mitsuya.

“Kami akan memutuskan hukuman yang sesuai untuk empat meraka sebaik sahaja siasatan lanjut selesai,” tambah beliau. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN