Doktor didakwa cederakan isteri dengan komputer riba - Utusan Malaysia

Doktor didakwa cederakan isteri dengan komputer riba

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA – Seorang doktor lelaki dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan mencederakan isterinya dengan sebuah komputer riba pada Jun lalu.

Tertuduh, M. Jaga Murugan, 49, bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas pertuduhan tersebut yang dibacakan di hadapan Hakim Datuk Mohd. Nasir Nordin.

Jaga Murugan didakwa dengan sengaja menyebabkan cedera ke atas A. Sheela, 47, dengan menggunakan sebuah komputer riba k di sebuah rumah di Taman Pertam Jaya di sini pada pukul 12.30 tengah malam, 10 Jun lalu. 

Memuatkan artikel berkaitan…

Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga enam tahun atau sebatan atau denda atau mana-mana dua daripada seksaan tersebut. 

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM10,000 dan menetapkan 25 September depan untuk sebutan semula kes.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Siti Ruvinna Mohd. Rawi manakala tertuduh diwakili oleh peguam, N. Sivanesan. – K! ONLINE
 

ADS:D
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN