RAJA Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail dan Raja Perempuan Perlis Tuanku Tengku Fauziah Almarhum Tengku Abdul Rashid berkenan berangkat bercemar duli menghadiri ‘Majlis Santapan Tengah Hari The Old Frees’ Association 2018’ yang diadakan di Restoran Pen Mutiara, Batu Maung, Pulau Pinang tengahari tadi, semalam.
Keberangkatan tiba baginda berdua disambut oleh Presiden The Old Frees’ Association (OFA), Lee Eu Beng, Pengerusi, PFS Bicentenary Committee, Datuk Haji Abdul Rafique bin Abdul Karim dan Pengetua Sekolah Menengah Penang Free (PFS), Omar bin Abdul Rashid.
Berangkat sama ialah Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail, Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil dan anakanda baginda berdua, Syed Sirajuddin Areeb Putra Jamalullail.
Turut hadir, Yang Di-Pertua Negeri Pulau Pinang Tun Datuk Seri Utama Dr. Abdul Rahman Abbas dan Datuk Seri Utama Toh Puan Majimor Shariff
Majlis tahunan tersebut turut meraikan sambutan rasmi Hari Ulang Tahun Keputeraan Ke-75 DYMM Tuanku Raja Perlis baru-baru ini.
Kedua-dua Tuanku Raja dan Tuanku Raja Muda Perlis adalah alumni PFS, begitu juga Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail.











