Bapa didakwa tetak anak kandung berusia 5 tahun - Utusan Malaysia

Bapa didakwa tetak anak kandung berusia 5 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA 20 Ogos – Seorang bapa yang dipercayai menetak anak kandungnya berusia lima tahun sehingga mati didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan membunuh kanak-kanak tersebut  di sebuah flat  di Puchong, minggu lalu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Tiada pengakuan direkodkan daripada Mohd. Faih Rifin, 35, memandangkan kes tersebut merupakan bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa membunuh anak kandungnya, Muhammad Waiz Wazzini di sebuah rumah di Flat Puchong Permai 1/6, Puchong permai dekat sini antara pukul 2.30 hingga 5.30 petang, 13 Ogos lalu.

Lelaki itu didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan

Majistret Nor Ariffin Hisham menetapkan 16 Oktober ini untuk sebutan semula kes bagi laporan forensik. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN