Empat maut, Viva bertembung trailer - Utusan Malaysia

Empat maut, Viva bertembung trailer

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LIPIS – Pemandu dan tiga penumpang maut selepas Perodua Viva dinaiki mereka bertembung dengan treler dalam kemalangan di Kilometer 19 Jalan Lipis-Merapoh, Padang Tengku di sini hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Dalam kejadian kira-kira pukul 9.40 pagi itu, kesemua mangsa iaitu tiga wanita dan seorang lelaki meninggal dunia di lokasi kejadian.

Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Mohd Sani Harul berkata, pihaknya menerima panggilan pada pukul 9.53 pagi dan sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Lipis ke lokasi kejadian untuk memberikan bantuan.

“Dua lelaki dewasa menaiki treler, tidak mengalami kecederaan manakala empat mangsa iaitu tiga wanita dewasa serta seorang lelaki dewasa dalam Perodua Viva disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan.

“Anggota kami melakukan kerja-kerja mengeluarkan mangsa yang tersepit dan mayat mangsa dibawa ke Hospital Lipis bedah siasat,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini. 

Difahamkan, seorang daripada mangsa yang maut dikenali Nur Asmida Mohamed, 24, yang beralamat dari Kampung Keluat Beris Kubur, Bachok, Kelantan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN