Portal tawaran beli-belah dan pulangan tunai, ShopFest - Utusan Malaysia

Portal tawaran beli-belah dan pulangan tunai, ShopFest

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 20 Ogos – ShopBack melancarkan portal sehenti, ShopFest yang menawarkan tawaran beli-belah dan pulangan tunai sempena festival beli-belah selama empat bulan sehingga hujung tahun ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pengasas Bersama ShopBack Malaysia, Sharmeen Looi berkata, ShopFest akan dilancarkan di tujuh negara dengan Malaysia hentian pertama, diikuti Filipina, Singapura, Indonesia, Thailand, Taiwan dan Australia.

“Di Malaysia, festival ini melibatkan enam acara beli-belah antara September hingga Disember iaitu #Mycybersale, 9.9 Rewards Day, 11.11 Single Day, Black Friday Cyber Monday, 12.12 Online Fever serta jualan akhir tahun Krismas dan tahun baharu.

“Pengguna boleh mendapatkan maklumat mengenai semua acara ini dengan mudah dan mengetahui tentang bagaimana untuk beli-belah dengan bijak melalui portal www.shopfest.my,” katanya memperkenalkan portal itu di sini hari ini.

Yang turut hadir, Pengerusi Persatuan ICT kebangsaan Malaysia (Pikom), Ganesh Kumar Bangah. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN