Brighton kejutkan Manchester United - Utusan Malaysia

Brighton kejutkan Manchester United

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON 20 Ogos – Manchester United memulakan aksi pertamanya di tempat lawan dengan langkah sumbang selepas dikejutkan 3-1 oleh Brighton dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris, sebentar tadi.

Memuatkan artikel berkaitan…

Kebimbangan Jose Mourinho terhadap kekuatan pasukannya selepas tidak dibenarkan melakukan pembelian besar dalam pasaran perpindahan akhirnya menjadi kenyataan, apabila Red Devils dikejutkan 2-0 dalam tempoh 27 minit pertama permainan.

Glenn Murray memberi amaran awal kepada anak-anak buah Mourinho apabila membuka jaringan tuan rumah pada minit ke-25, sebelum Shane Duffy menjadikan kedudukan 2-0, hanya dua minit berselang.

Biarpun United cuba mengejar dengan merapatkan jurang 2-1 menerusi Romelu Lukaku pada minit ke-34, namun jaringan ketiga Brighton menerusi sepakan penalti Pascal Grob pada minit ke-44 menjadi pemusnah United dan memboleh Brighton mendahului 3-1 di babak pertama.

Bersambung separuh masa kedua, United menggandakan percubaan dan menguasai sebahagian besar permainan, malah bintang Piala Dunia Perancis, Paul Pogba menghidupkan harapan Red Devils dengan menjadikan kedudukan 2-3 menerusi sepakan penalti pada waktu kecederaan.

Bagaimanapun, jaringan tersebut tiba terlalu lewat dan tidak cukup untuk membantu United bangkit, sekali gus menghadiahkan kekalahan perut buat Mourinho. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN