Perak kutip tiga mata pertama - Utusan Malaysia

Perak kutip tiga mata pertama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 19 Ogos – Perak melakar kemenangan pertama dalam kempen Piala Malaysia apabila menewaskan Kuala Lumpur 2-0 di Stadium Kuala Lumpur, sebentar tadi.

Memuatkan artikel berkaitan…

Skuad kendalian Mehmet Durakovic terpaksa menunggu hingga minit ke-40 sebelum berjaya menembusi gawang lawan menerusi percubaan Jad Noureddine sebelum Gilmar Da Silva menggandakan jaringan pada minit ke-63. Kemenangan tersebut membolehkan Perak menduduki tangga kedua Kumpulan A.

Sementara itu, bagi aksi Kumpulan B menyaksikan Felda United bangkit daripada ketinggalan untuk menewaskan PKNS FC 3-2 di Stadium Shah Alam.

Tuan rumah terlebih dahulu berada di depan menerusi jaringan Rafael Ramazotti pada minit ke-16 sebelum Faris Ramli mengukuhkan kedudukan empat minit kemudian.

Bagaimanapun, kelebihan tersebut tidak tahan lama apabila Iain Ramsay menjaringkan gol pada minit ke-38 sebelum Gilberto Fortunato meledak gol kedua Felda United pada minit ke-68. Gol kemenangan Felda United dijaringkan oleh Wan Amirul Afiq Wan Ab Rahman ketika permainan berbaki 10 minit. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN