4 parah, 3 cedera lori katering terbalik - Utusan Malaysia

4 parah, 3 cedera lori katering terbalik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SABAK BERNAM 19 Ogos – Tujuh kakitangan sebuah syarikat katering cedera dengan empat daripadanya parah selepas lori yang mereka naiki terbalik di jalan Parit Empat, Ban Kenal, di sini, petang tadi.

Memuatkan artikel berkaitan…

Dalam kejadian kira-kira pukul 4.50 petang itu, lori katering jenis Hicom syarikat itu datang dari arah Tanjong Karang menuju ke Sungai Besar sebelum hilang kawalan lalu terbabas dan seterusnya terbalik

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Besar, Penolong Penguasa Bomba Mohd. Zulhilmi Mohd Ridzuan berkata, sepasukan 10 pegawai dan anggota dikejarkan ke tempat kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan.

“Sebaik sampai di tempat kejadian, anggota kami mendapati lori jenis Hicom tiga tan telah terbalik dan melibatkan tujuh mangsa iaitu dua lelaki dan lima wanita.

“Empat mangsa parah dan tiga yang lain cedera ringan,” katanya ketika dihubungi di sini malam ini.

Katanya, kesemua mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Jemaah (HTAJ) untuk mendapatkan rawatan dan dilaporkan stabil. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN