TRISSUR 19 Ogos – Jumlah kematian banjir terburuk di Kerala meningkat kepada lebih 370 orang dan kira-kira lebih 700,000 penduduk berpindah dari kediaman mereka untuk mendapatkan perlindungan.
Memuatkan artikel berkaitan…
Pasukan penyelamat juga bimbang angka korban akan meningkat apabila kawasan diduduki penduduk ditengelami air sepenuhnya.
Ribuan penduduk masih terperangkap tanpa makanan dan bekalan air , di bandar mahupun di kampung kerana terputus bekalan akibat banjir dan ramalan hujan lebat dijangka akan memburukan keadaan.
Jurucakap kerajaan, Subhash T.V kepada AFP, hampir 725,000 orang telah ditempatkan di kem pelarian.
Jumlah kematian keseluruhan di negeri ini bermula 29 Mei lalu telah mencapai 370 manakala 46 dijumpai mati dalam tempoh 24 jam lalu. -AFP











