'Buah hati' terbaharu Mawi - Utusan Malaysia

‘Buah hati’ terbaharu Mawi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 19 Ogos – Penyanyi, pelakon dan penyampai radio Zayan FM, Mawi kini mengorak satu lagi langkah apabila membabitkan diri dalam dunia penyiaran.

Memuatkan artikel berkaitan…

Program yang diberi nama Planet Mawi itu merupakan rancangan bual bicara yang disiarkan secara langsung menerusi laman sosial Facebook.

Ia diterbitkan oleh syarikatnya sendiri iaitu Mawi World Entertainment dengan kerjasama Teddy Rox Film.

“Saya dah rancang nak buat program ini sejak lima tahun lalu dan Alhamdulillah impian ini tercapai akhirnya. Banyak bidang dah saya ceburi, pengacaraan sahaja belum lagi, inilah waktu yang sesuai.

“Program ini bersiaran selama 45 minit akan membincangkan tentang isu yang tular selain berkongsi mesej positif untuk penonton secara santai.

“Saya akui penonton kita pada masa kini tak berapa minat program yang agak berat, justeru saya sengaja mewujudkan konsep santai dan dalam masa sama berfaedah kepada semua.

“Kami bersiaran setiap hari Jumaat bermula 10 Ogos lalu. Alhamdulillah, sambutan agak memberangsangkan walaupun kami masih lagi baharu,” ulasnya.

Program Planet Mawi yang bersiaran di Facebook itu bermula pukul 9.33 malam turut menampilkan rakan penyampai Zayan FM, Anas Tahir dan akan diserikan dengan artis jemputan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN