Pilih pembangkang imbangi kerajaan PH - Utusan Malaysia

Pilih pembangkang imbangi kerajaan PH

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 19 Ogos – MCA menyeru pengundi agar memilih calon pembangkang dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Balakong bagi mengimbangi dan memperkuatkan sistem dua parti di negara ini.

Memuatkan artikel berkaitan…
Pilih pembangkang imbangi kerajaan PH
Tan Chee Teong

Calonnya, Tan Chee Teong berkata, rakyat perlu sedar bahawa PRK kali ini bukan untuk memilih kerajaan baharu sebaliknya kerajaan baharu hari ini memerlukan sepasukan pembangkang yang efektif bagi mencegah sebarang penyelewengan dan salah guna kuasa.

Katanya, kerajaan Pakatan Harapan memperoleh 51 kerusi daripada 56 kerusi di DUN Selangor dan ini bermakna kuasa pembangkang terlalu kecil dan boleh mengakibatkan kerajaan mengabaikan tanggungjawab mereka.

“Jika dibandingkan dengan Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), PRK kali ini bukan untuk memilih kerajaan baharu tetapi memperkuatkan dan memperbaiki sistem dua parti antara Pakatan Harapan dan Barisan Nasional (BN) bagi meletakkan sistem demokrasi dalam keadaan yang lebih stabil dan seimbang.

“Kuasa mutlak parti pemerintah membuka ruang kepada salah laku dan penyelewengan malah sebarang keputusan yang dibuat akan memihak kepada kerajaan jadi rakyat harus menggunakan peluang ini untuk mewujudkan senario politik yang sihat antara parti pemerintah dan pembangkang,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan manifestonya di sini, hari ini.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN