Merdeka Motofest di Stadium Shah Alam 30 Ogos-1 September - Utusan Malaysia

Merdeka Motofest di Stadium Shah Alam 30 Ogos-1 September

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 19 Ogos – Kira-kira 1,000 ahli daripada lebih 15 kelab kereta seperti Honda, Toyota, Nissan, Proton dan Perodua akan berhimpun di pekarangan Stadium Shah Alam, Selangor dari 30 Ogos sehingga 1 September ini sempena Merdeka Motofest 2018.

Memuatkan artikel berkaitan…

Penganjuran program oleh Five Star Event Sdn. Bhd. (FSE) yang bermula pukul 11 pagi hingga 12.30 malam itu adalah sempena sambutan Hari Kebangsaan 2018.

Pengarah Kewangan FSE, Dr. Rose Ibrahim berkata, program tersebut juga secara tidak langsung memberi peluang kepada peniaga khususnya golongan muda untuk menjana pendapatan menerusi tapak-tapak gerai yang disediakan.

“Festival ini juga bertujuan menarik minat belia dan anak muda untuk menghayati nilai kemerdekaan bertemakan Sayangi Malaysiaku serta memperkenalkan Bazaar Five Star kepada orang ramai.

“Pelbagai aktiviti akan dijalankan sepanjang festival ini antaranya konvoi kereta dan motosikal berkuasa tinggi, street soccer, pertunjukan bunga api, pertandingan karaoke, persembahan dikir barat serta pelbagai lagi acara menarik,” katanya di sini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN