Kaca mata gaya santai - Utusan Malaysia

Kaca mata gaya santai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CERMIN mata hitam tidak lagi terhad sebagai pelindung mata tetapi kini digayakan sebagai pelengkap fesyen. Malah, tempiasnya semakin dirasai oleh penggemar fesyen apabila cermin mata menjadi aksesori utama ketika bersantai.

Bagi yang tidak mempunyai masalah itu, mereka juga masih memerlukan kaca mata berkanta gelap bagi mengelak silau matahari tatkala memandu, berjalan di tengah panas atau berjemur di tepian pantai.

Malah, mereka yang tampil berkaca mata selalunya sering menjadi perhatian terutama ketika mengenakan pakaian sesuai.

Memuatkan artikel berkaitan…

Walau apa saja tujuan seseorang itu mengenakan kaca mata, pemakaiannya mampu menyerlahkan sisi berbeza si pemakai. Sama ada bertambah anggun dan menawan atau lebih kacak dan tampan daripada biasa.

Mengambil inspirasi daripada beg wanita, Longchamp, jenama yang cukup terkenal dalam rekaan beg kini menampilkan koleksi kaca mata dengan himpunan kaca mata berwarna-warni untuk gaya kasual.

Koleksi cermin mata baru ini mempunyai bentuk feminin, warna-warna cerah dan reka bentuk inovatif. Jenama ini direka dengan bingkai yang besar dan model lebih dinamik untuk mereka yang bijak berfesyen.

Setiap gaya merangkumi ciri-ciri anggun, stailo dan berani seiring dengan visi fesyen jenama tersebut.

Sesuai untuk rutin harian yang aktif, si pemakai kelihatan selesa dan bergaya moden.

Bagi memiliki kaca mata yang tampak seimbang dengan bentuk muka, pastikan bahagian atas bingkai selari dengan kening atau berada sedikit di bawah kening. Bingkai cermin mata yang berada di atas kening pula akan tampak seolah-olah kening berganda dan membuatkan anda kelihatan seperti ‘orang terkejut’.

Bahagian tepi bingkai, iaitu tangkai atau batang bingkai tidak sepatutnya nampak terlalu terkeluar daripada wajah sisi anda.

Bahagian bawah bingkai tidak sepatutnya mencecah pipi dan kesilapan tersebut sering berlaku. Cermin mata yang terletak terlalu rendah pada pipi membuatkan mata seperti terapung pada bahagian atas cermin. Mata anda sepatutnya berada di tengah-tengah cermin.

Bagi memberi ilusi sepasang mata yang jauh, pilihlah perangkai yang cerah dan lutsinar.

TIP memilih cermin mata

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN