Kempen perangi LGBT bukan memusuhi sesiapa - Mufti Pahang - Utusan Malaysia

Kempen perangi LGBT bukan memusuhi sesiapa – Mufti Pahang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN – Pendekatan kempen merupakan salah satu inisiatif yang proaktif bagi membentras gejala  lesbian, gay, biseksual dan transgender (LBGT) yang semakin menular dalam kalangan masyarakat Malaysia hari ini.

Ia adalah langkah yang lebih mudah untuk menyebarkan kesedaran dan penerangan mengenai bahayanya amalam tersebut dan bukannya bermusuh dengan mana-mana pihak.

Mufti Pahang, Datuk Seri Dr Abdul Rahman Othman, berkata, pihaknya amat menyambut baik gerakan kempen kesedaran yang dilakukan oleh badan-badan bukan kerajaan atau mana-mana pihak khususnya di negeri ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menurutnya, pihaknya berharap agar golongan LGBT tidak menuntut apa apa hak kerana perbuatan itu mampu merosakan peradaban sebagai seorang manusia.

“Kita bukan hendak bermusuh dengan sesiapa tetapi hanya hendak bagitahu ia dilarang oleh Allah, sesiapa yang terbabit dengan kegiatan itu hendaklah menghentikannya.

“Kita juga meminta mereka menghentikan segala tuntutan kerana kegiatan itu (LGBT) adalah salah di sisi agama dan dikutuk oleh Allah sejak zaman Nabi Luth sehingga menurunkan bala di kawasan masyarakat yang mengamalkannya di Sodom,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan kempen kesedaran bahaya LGBT dianjurkan Persatuan Kebajikan Ukhwah dan Silaturahim Pahang (Ukhwah)  di Dataran Pusat Transformasi Bandar (UTC) di sini, hari ini. – K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN