Peluang Malaysia hampir tertutup - Utusan Malaysia

Peluang Malaysia hampir tertutup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA 19 Ogos – Peluang Malaysia untuk melangkah ke suku akhir badminton berpasukan lelaki di Sukan Asia 2018 dilihat hampir tertutup selepas beregu lelaki, Goh V Shem-Tan Wee Kiong tewas, sebentar tadi.

Dalam aksi kedua itu pasangan negara tewas 18-21, 18-21 kepada gandingan Takeshi Kamura-Keigo Sonoda sekali gus membolehkan Jepun mendahului 2-0.

Harapan Malaysia kini terletak di tangan perseorangan kedua, Lee Zii Jia yang akan turun beraksi menentang Kenta Nishimoto, sebentar lagi. – UTUSAN ONLINE

Memuatkan artikel berkaitan…
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN