Tiga maut Hilux rempuh lori - Utusan Malaysia

Tiga maut Hilux rempuh lori

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KAMPAR 19 Ogos – Tiga lelaki maut manakala seorang lagi cedera dalam kemalangan membabitkan dua buah kenderaan di Kilometer 291, Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan di sini hari ini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri berkata, kemalangan tersebut melibatkan kereta jenis Toyata Hilux yang dinaiki tiga mangsa yang maut dan sebuah lori muatan akhbar.

Katanya, kemalangan itu dipercayai berlaku setelah kenderaan pacuan empat roda itu melanggar bahagian belakang lori berkenaan dan mengakibatkan ketiga-tiga mangsa tercampak keluar dari kenderaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Mangsa yang maut diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. Anggota bomba juga membuat pemantauan di lokasi kejadian bagi memastikan tiada mangsa lain terlibat,” katanya.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN