Ariff Bahran enggan dirinya terus dihina dan dimalukan - Utusan Malaysia

Ariff Bahran enggan dirinya terus dihina dan dimalukan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM 19 Ogos – Dilihat semakin bijak bergaya dan sentiasa kelihatan kemas, penyanyi remaja, Ariff Bahran, 20, mendedahkan bahawa dia pernah dihina teruk oleh warganet gara-gara penampilannya yang selekeh.

Menurut pelantun lagu Kata Akhirmu itu, semenjak menyertai program realiti Big Stage 2018, dia berpeluang meningkatkan mutu nyanyiannya di samping Ariff mempelajari cara menjaga ketrampilan.

“Sebenarnya saya gemarkan gaya ringkas dan bersahaja jika bersiar-siar. Namun sejak bergelar selebriti, dari semasa ke semasa saya mula ambil tahu tentang fesyen untuk pembentukkan imej.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Mula-mula dulu, memang ramai yang mengkritik pemilihan pakaian saya jika terserempak dengan peminat ketika berada di tempat awam.

“Bukan itu sahaja, pakaian-pakaian yang digayakan sewaktu hadir ke acara-acara hiburan juga sering mendapat teguran.

“Tetapi setelah dipilih menyertai BS 2018, saya bertuah kerana diberi pendedahan oleh individu berkepakaran bagi menyelesaikan masalah dihadapi,” jelas empunya nama Muhammad Ariff Bahran Ahmad Azhari itu.

Tambahnya, dua kali berturut-turut berada di kelompok tiga tercorot, Ariff tidak menafikan prestasi ditunjukkan itu agak mengecewakan, namun tekad memperbaiki kedudukannya.

Menerusi persembahan minggu ketiga malam ini, Ayda Jebat bakal mengiringi Ariff untuk berduet menyampaikan lagu berjudul Marry You, nyanyian asal Bruno Mars.

Selain Ariff, peserta yang masih meneruskan saingan ialah Sissy Imann, Andi Bernadee, Tajul Ariff, Wani Kayrie, Syafiq Farhain, Afieq Shazwan, Sarah Suhairi dan Baby Shima, manakala Fara Hezel adalah mangsa pertama disingkirkan minggu lalu. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN