MESIR 20 Julai – Presiden Mesir, Abdel Fattah al- Sisi meluluskan satu undang-undang baharu yang mengetatkan kawalan terhadap penggunaan internet di negara ini.
BBC melaporkan, undang-undang tersebut membolehkan mana-mana laman web disekat jika ia didapati mengancam keselamatan dan ekonomi negara.
Sesiapa yang didapati bersalah mewujudkan laman web sedemikian atau melawat mana-mana yang berkaitan turut bakal berdepan dengan hukuman penjara dan denda.
Memuatkan artikel berkaitan…
Pihak berkuasa menegaskan bahawa peraturan baharu tersebut sebagai usaha Mesir untuk menangani ketidakstabilam dan kegiatan pengganas di negara ini. – AGENSI











