SEBERANG PERAI – Seorang lelaki retak tangan kanan apabila dipukul seorang anak jirannya menggunakan sebatang cangkul dalam kejadian pertengkaran di hadapan rumah mereka di Kampung Manggis, Bagan Lalang, Butterworth di sini kelmarin.
Mangsa berusia 34 tahun yang bekerja sendiri itu terpaksa dibawa ahli keluarganya ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) dalam keadaan parah kira-kira pukul 9.25 malam.
Suspek lelaki berusia 30 tahun merupakan anak jiran yang tinggal bersebelahan dengan kediaman mangsa.
Memuatkan artikel berkaitan…
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian daripada isteri mangsa yang ketika itu menemani suaminya di Wad Kecemasan HSJ.
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.











