Guardiola terpaksa lupakan khidmat De Bruyne - Utusan Malaysia

Guardiola terpaksa lupakan khidmat De Bruyne

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANCHESTER 18 Ogos – Pep Guardiola akan kehilangan bintang tengahnya Kevin de Bruyne selama tiga bulan selepas pemain itu mengalami kecederaan lutut yang serius.

Bagaimanapun, perkhabaran baik pula ialah pemain tengah Belgium itu tidak perlu menjalani sebarang pembedahan terhadap kecederaan lutut yang dialaminya.

City bakal turun dalam aksi kedua Liga Perdana Inggeris (EPL), esok bertemu Huddersfield di Stadium Etihad.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pemain berusia 27 tahun itu mengalami kecederaan ketika sesi latihan pada Rabu lalu dan selepas menemui pakar perubatan di Barcelona, Dr. Ramon Cugat, kelmarin, City mengumumkan keadaannya.

“Manchester City boleh mengesahkan bahawa Kevin De Bruyne mengalami kecederaan lutut bahagian sisi pada kaki sebelah kanan. Tiada pembedahan diperlukan dan pemain tengah itu dijangka akan kembali beraksi selepas tiga bulan.” kata wakil kelab itu.

Sementara itu, Guardiola menjadi sasaran media minggu ini susulan terbitnya dokumentari bersiri di Amazon yang meliputi kempen penuh jaya The Citizen di EPL, musim lalu.

Akses tanpa had yang diberikan kepada produser filem mencetuskan kritikan hangat biarpun sebelum ia dilancarkan secara rasmi untuk tontonan umum hari ini.

Namun, Guardiola mendedahkan siri itu mungkin mendedahkan beberapa teknik pengurusannya namun beliau tidak terlalu memikirkannya.

“Kami diekori kamera sepanjang 24 jam jadi semua itu boleh berlaku. Orang boleh melihat bagaimana suasana pasukan di belakang tabir.

“Mengenai rahsia, setiap perlawanan berbeza dengan yang lain dan pemain yang melakukan taktikal. De Bruyne mungkin ada cara permainannya dan jika dia tidak ada, anda perlu sesuaikan diri dengan pemain yang menggantikannya.

“Jadi kami perlu mengubah taktik. Taktik adalah soal pemain, bukan idea pengurus,” katanya. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×