Sandhurst: Polis siasat dakwaan dera ‘Waterboarding’ - Utusan Malaysia

Sandhurst: Polis siasat dakwaan dera ‘Waterboarding’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON 18 Ogos – Polis tentera Britain sedang menyiasat dakwaan bahawa dua orang pegawai kadet di Akademi Tentera Diraja Sandhurst telah menggunakan teknik penyeksaan waterboarding ke atas rakan kadetnya yang lain.

Akhbar The Sun melaporkan dua pegawai kadet tersebut didakwa memaksa individu berkenaan berada dalam keadaan telentang sebelum menutup mukanya dengan kain dan menuangkan air untuk mewujudkan rasa lemas.

Menurut portal berita BBC, insiden tersebut didakwa berlaku pada 7 Ogos lalu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Timbalan Komandan Akademi Tentera Diraja yang terletak Berkshire, Brig Bill Wright berkata, beliau maklum tentang dakwaan.

Beliau berkata, pihaknya menjangkakan piawaian tingkah laku yang tertinggi di Sandhurst dan telah mengarahkan siasatan dilakukan oleh Polis Tentera Akademi berkenaan.

“Sesiapa yang didapati tidak mencapai piawai tingkah laku yang ditetapkan akan berdepan tindakan tegas dan berkemungkinan boleh dibuang,” katanya.

Kaedah waterboarding sering digunakan dalam proses soal siasat oleh Agensi Perisikan Pusat (CIA) di Amerika Syarikat (AS), selepas serangan di New York dan Washington pada 2001.

Bagaimanapun kaedah itu sudah diharamkan untuk digunakan sebagai teknik soal siasat pada 2009 oleh bekas Presiden AS, Barack Obama.

Kedua-dua Duke of Cambridge, Putera William dan Duke of Sussex, Putera Harry menyertai akademi Sandhurst, di mana semua pegawai di Angkatan Tentera Darat Britain dilatih.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN