Aliran trafik di Lebuh Raya Utara-Selatan perlahan malam ini - Utusan Malaysia

Aliran trafik di Lebuh Raya Utara-Selatan perlahan malam ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 18 Ogos – Aliran trafik Lebuh Raya Utara-Selatan dilaporkan perlahan setakat 9 malam ini berikutan orang ramai mula pulang ke kampung bersempena cuti sekolah dan sambutan Aidiladha.

Menurut jurucakap PLUS Malaysia Berhad, di utara kenderaan bergerak perlahan dari Ipoh ke Kuala Kangsar manakala di selatan, trafik perlahan dari Kempas ke Pasir Gudang.

“Trafik dari Bangunan Sultan Iskandar, Johor juga dilaporkan perlahan dari Singapura menuju Malaysia kerana pertambahan kenderaan,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Memuatkan artikel berkaitan…

Sementara itu, Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata, aliran trafik di beberapa lebuh raya lancar termasuk Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak dan Lebuh Raya Pantai Timur 1 dan 2.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafikatau talian LLM di 1800-88-7752 serta laman Twitter di www.twitter.com/llminfotrafik. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN