Penarikan diri Paes musnahkan impian India - Utusan Malaysia

Penarikan diri Paes musnahkan impian India

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA – Harapan India untuk menuai pingat emas Sukan Asia 2018 Jakarta-Palembang menerusi acara tenis berkecai apabila pemegang lima pingat emas, Leander Paes menarik diri pada saat akhir kelmarin.

Pemain veteran berusia 45 tahun itu nekad membuat keputusan drastik tersebut dua hari sebelum temasya membuka tirai setelah permintaannya untuk digandingkan dengan pemain handalan ditolak.

Pemegang 18 gelaran Grand Slam acara beregu lelaki dan campuran tersebut juga ternya­ta tidak berpuas hati apabila terpaksa bergandingan dengan pemain No. 300 dunia, Sumit ­Nagal.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Walaupun saya telah buat permintaan itu berkali-kali, saya tetap kecewa kerana Persatuan Tenis India tidak mampu menyediakan pemain beregu handalan dalam pasukan ke Sukan Asia.

“Saya percaya penarikan diri saya bakal membuka banyak peluang kepada pemain-pemain yang ada untuk bermain lebih dari satu acara sama ada beregu lelaki atau beregu campuran,” katanya.

Sementara itu, kapten pasukan India, Zeeshan Ali meluahkan rasa kecewa dengan alasan ‘kebudak-budakan’ Paes yang menarik diri saat akhir sekali gus mengancam misi mereka merangkul pingat.

“Saya enggan menyoal tahap patriotisme Paes memandangkan dia seorang pemain profesional. Bagaimanapun, dia sepatutnya rela digandingkan dengan sesiapa pun apabila mewakili negara,” ujarnya. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN