Susu coklat dikecuali SST - Guan Eng - Utusan Malaysia

Susu coklat dikecuali SST – Guan Eng

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 18 Ogos – Selain susu tidak berperisa, susu berperisa coklat juga akan dikecualikan daripada dikenakan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) yang akan bermula September ini.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, beliau juga akan mengecualikan susu bayi berperisa coklat daripada cukai tersebut kerana minuman itu penting untuk tumbesaran dan kesihatan terutamanya kanak-kanak.

“Sebelum ini saya tahu susu dikecualikan cukai tetapi hari ini baru saya diberitahu bahawa hanya susu tidak berperisa yang dikecualikan cukai jadi saya buat keputusan untuk kecualikan juga susu coklat kerana ia penting untuk tumbesaran kanak-kanak.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Itulah maklum balas yang kita sedia dengar dan jika munasabah kita akan beri pengecualian,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Seminar SST anjuran Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) di sini, hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN