Definisi hutang tidak ikut piawaian antarabangsa - Utusan Malaysia

Definisi hutang tidak ikut piawaian antarabangsa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 18 Ogos – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, definisi hutang negara berjumlah RM1 trilion yang dibuat oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH) tidak mengikut piawaian antarabangsa.

Najib berkata, hanya kerajaan PH sahaja yang membuat definisi tersebut dan ia merupakan satu penipuan yang tidak akan membantu ekonomi negara ini.

“Siapa yang nak melabur di negara yang akan bankrap hanya kerana membayar faedah sahaja.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Berulang kali saya jelaskan sebelum ini bahawa hutang perlulah diimbangi dengan pendapatan dan aset,” katanya dalam satu kenyataan menerusi laman Facebook beliau hari ini.

Menurut Najib bagi tempoh sembilan tahun lalu, biarpun hutang telah meningkat berikutan langkah menyelamatkan ekonomi negara daripada terjerumus ke dalam krisis pada 2008 hingga 2009 ekoran krisis ekonomi global, defisit negara diuruskan dengan teliti dan menyusut setiap tahun. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN