PH lancar Pelan Pembangunan Mampan Johor 2019-2030 - Utusan Malaysia

PH lancar Pelan Pembangunan Mampan Johor 2019-2030

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU 18 Ogos – Kerajaan Pakatan Harapan (PH) hari ini melancarkan pelan pembangunan negeri ini, iaitu Pelan Pembangunan Mampan Johor 2019-2030.

Pelan yang amat dinanti-nanti semua pihak termasuk pembangkang untuk mengetahui hala tuju kerajaan negeri menjadikan Harapan Bangsa Johor 1.8 sebagai temanya itu dilancarkan oleh Menteri Besar, Datuk Osman Sapian di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor, di sini.

Lapan teras utama menjadi intipatinya untuk melonjakkan Johor ke suatu tahap pentadbiran yang cekap dan berdaya maju, sekali gus mencapai tahap status negeri berprestasi tinggi dan mempunyai rakyat yang berfikiran kelas pertama.

Memuatkan artikel berkaitan…

Lapan teras itu ialah melaksanakan pembangunan lestari, demokrasi dinamik dan kesaksamaan sosial, urus tadbir cekap, berintegriti dan demokratik, penggerak zon perdagangan dan komuniti digital serta memperkasa sistem pendidikan Islam, modal insan dan warisan Johor.

Selain itu, pelan tersebut mendukung aspirasi idealis anak muda, pesona srikandi dan pemuliharaan sumber. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN