Rakyat Malaysia dinasihatkan elak melakukan perjalanan ke Kerala, India ekoran banjir - Utusan Malaysia

Rakyat Malaysia dinasihatkan elak melakukan perjalanan ke Kerala, India ekoran banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW DELHI – Rakyat Malaysia dinasihatkan supaya mengelak daripada melakukan perjalanan ke negeri Kerala, di selatan India yang menyaksikan hampir 200 orang terkorban akibat hujan lebat dan banjir.

Konsulat Jeneral Malaysia di Chennai berkata “pihaknya sedang memantau dengan teliti keadaan dan ingin menasihatkan semua rakyat Malaysia di Kerala supaya berwaspada dan mengambil semua langkah berjaga-jaga yang perlu.”

“Rakyat Malaysia yang merancang untuk melakukan perjalanan ke Kerala juga dinasihatkan untuk menunda perjalanan yang tidak perlu sehingga keadaan cuaca bertambah baik,” menurut nasihat perjalanan oleh Konsulat Jeneral.

Memuatkan artikel berkaitan…

Lapangan Antarabangsa Cochin, hab pengangkutan utama, telah menggantung operasinya sehingga 26 Ogos.

Pengangkutan kereta api dan jalan raya telah terjejas dan mereka yang terkandas di kawasan-kawasan ditenggelami air berada dalam keadaan terdesak untuk mendapatkan makanan dan barangan keperluan.

Banyak kawasan di Kerala dilanda hujan lebat dengan puluhan orang maut dilaporkan dari daerah Thrissur, Idukki dan Malappuram. – Bernama
 

ADS:D
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN