UMNO Johor bangunkan blueprint perkasa parti - Utusan Malaysia

UMNO Johor bangunkan blueprint perkasa parti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU 18 Ogos – UMNO Johor akan membangunkan ‘blueprint’ berkenaan kedudukan serta hala tuju parti itu di negeri ini dengan membentuk sebuah jawatankuasa dalam masa terdekat.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Ir. Hasni Mohammad berkata, bagi menjayakan usaha itu, UMNO Johor akan menjalin kerjasama dengan pelbagai pihak baik sedia ada mahupun yang baharu termasuk dari luar negara.

“Langkah itu diambil supaya UMNO negeri ini yang merupakan negeri berpotensi menjadi lebih maju dalam negara kerana kita yakin UMNO Johor masih diterima masyarakat khususnya orang Melayu.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Jadi, kita akan membentuk sebuah jawatankuasa bagi membangunkan ‘blueprint’ tersebut,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Badan Perhubungan UMNO Johor yang pertama di sini sebentar tadi.

Yang turut hadir, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor, Datuk Nur Jazlan Mohamed; Setiausaha, Datuk Samsolbari Jamali dan Ketua Penerangan, Datuk Seri Dr. Adham Baba.

Selain itu, Naib Presiden UMNO yang juga Ketua UMNO Bahagian Pasir Gudang, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Ketua UMNO Bahagian Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein turut menghadiri mesyuarat itu.

ADS:D

Hasni berkata, selain itu, hasil mesyuarat tersebut berpendapat, terdapat beberapa isu perlu diperjuangkan UMNO Johor seperti isu Pedra Branca, usaha membangunkan sekolah politik, persiapan untuk Perhimpunan Agung UMNO dan janji yang dibuat Pakatan Harapan pada pilihan raya umum yang lalu.  – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN