PETALING JAYA 18 Ogos – Hampir 70 orang berhimpun bersebelahan pusat beli-belah Amcorp di sini hari ini bagi menyatakan rasa kecewa mereka terhadap kegagalan kerajaan Pakatan Harapan menunaikan janji-janji 100 hari dalam manifesto Pilihan Raya Umum Ke-14 seperti yang diharapkan.
Ketuanya, R. Muralitharan berkata, pihaknya mendesak anggota Kabinet mengundurkan diri jika mendapati kesemua janji itu tidak dapat dilaksanakan.
Memuatkan artikel berkaitan…
“Kalau tidak boleh tunaikan, sila undur diri dan bubarkan Parlimen,” katanya kepada pemberita semasa perhimpunan tersebut.
Perhimpunan itu disertai ahli-ahli daripada beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) antaranya Pemantau Malaysia Baru dan Gerakan Hak Asasi Manusia dan Sivil Malaysia (Charm). – UTUSAN ONLINE










