Tular Kementerian Pendidikan pecat Naib Canselor UUM? - Utusan Malaysia

Tular Kementerian Pendidikan pecat Naib Canselor UUM?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR 18 Ogos – Status Naib Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM) Prof. Datuk Seri Dr. Mohamed Mustafa Ishak kini menjadi tanda tanya ekoran tular dalam media sosial tentang pemecatannya hari ini.

Mohamed Mus tafa Ishak
Mohamed Mus tafa Ishak

Berdasar berita tular tersebut, Lembaga Pengarah UUM yang bersidang petang semalam di Sintok, Kubang Pasu mengambil maklum keputusan Kementerian Pendidikan memecat Mohamed Mustafa daripada jawatan Naib Canselor.

Beliau masih mempunyai kontrak jawatan itu sehingga Jun tahun depan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Dikatakan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengarahkan Kementerian Pengajian Tinggi untuk menyambung jawatan Mohamed Mustafa sebagai Naib Canselor UUM sehingga Jun 2019.

Sementara itu, Mohamed Mustafa ketika dihubungi Utusan Malaysia bagaimanapun enggan mengulas mengenai tular pemecatan beliau sebagai Naib Canselor UUM itu.

“Saya menyerahkan kepada Kementerian Pendidikan untuk membuat kenyataan rasmi,” katanya ringkas.

Mohamed Mustafa dilantik menjadi Naib Canselor UUM sejak Jun 2010 bagi menggantikan Tan Sri Dr. Nordin Kardi yang bersara setelah memegang jawatan tersebut selama lima tahun.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN