PRK DUN Balakong: SPR jangka 75 hingga 80 peratus keluar mengundi - Utusan Malaysia

PRK DUN Balakong: SPR jangka 75 hingga 80 peratus keluar mengundi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGI – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjangkakan peratusan keluar mengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Balakong pada 8 Sept ini antara 75 hingga 80 peratus.

Setiausaha SPR, Datuk Mohamed Elias Abu Bakar berkata, pihaknya memohon semua pengundi layak agar keluar mengundi dan menunaikan tanggungjawab masing-masing.

“Bagi tujuan penambahbaikan, SPR turut menambah dua saluran khusus kepada pengundi berumur 60 tahun dan ke atas selain menambah 29 saluran baharu bagi mengelak jumlah pengundi terlalu ramai di satu-satu saluran menjadikan 129 saluran berbanding 100 saluran pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu,” katanya.

Memuatkan artikel berkaitan…

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas pengumuman calon PRK DUN Balakong di Dewan Demesne, Pejabat Daerah dan Tanah Hulu Langat di sini hari ini.

PRK DUN Balakong menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon Pakatan Harapan (PH), Wong Siew Ki dan calon MCA, Tan Chee Teong. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN