Pemandu, kelindan maut lori dinaiki rempuh lori pasir - Utusan Malaysia

Pemandu, kelindan maut lori dinaiki rempuh lori pasir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAPAH – Dua lelaki yang merupakan pemandu dan kelindan maut selepas lori yang dinaiki mereka merempuh sebuah lori membawa muatan pasir di Kilometer 348 Lebuh Raya Utara Selatan arah selatan di sini pagi tadi.

Dalam kejadian pada pukul 9.20 pagi itu, pemandu lori tersebut, Lye Zhi Hao, 27, dan kelindan, Chew Huang Chen, 32, meninggal dunia di tempat kejadian selepas tersepit akibat kemalangan tersebut. 

Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, siasatan awal mendapati lori membawa muatan pasir tersebut sedang dalam perjalanan menuju ke Kuala Lumpur. 

Memuatkan artikel berkaitan…

“Tiba di tempat kejadian, lori pasir tersebut telah dilanggar dari bahagian belakang oleh lori yang dinaiki kedua-dua mangsa berasal dari Permatang Pauh, Pulau Pinang itu. 

“Akibat rempuhan tersebut, kedua-dua mangsa tersepit dan mengalami kecederaan parah sebelum meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya ketika dihubungi Kosmo! sebentar tadi. 

Tambah Wan Azharuddin, kedua-dua mangsa dibawa ke Hospital Tapah untuk proses bedah siasat.

“Pemandu lori pasir pula tiada di tempat kejadian ketika polis tiba di lokasi kemalangan. 

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN