ILP Miri catat IPU sangat tidak sihat pagi ini - Utusan Malaysia

ILP Miri catat IPU sangat tidak sihat pagi ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Hanya satu kawasan iaitu  Institut Latihan Perindustrian (ILP) Miri, Sarawak mencatat Indeks Pencemaran Udara (IPU) sangat tidak sihat dengan bacaan 203 setakat pukul 10 pagi ini.

Menurut laman web Jabatan Alam Sekitar, kawasan lain di seluruh negara  mencatatkan bacaan sederhana kecuali di Kangar, Perlis; di Langkawi dan Alor Setar, Kedah dan di Tawau, Sabah yang mencatatkan IPU baik.  

Bacaan IPU antara 0 dan 50 dikategori sebagai baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (bahaya).

Memuatkan artikel berkaitan…

Orang ramai yang ingin mengetahui tahap IPU di seluruh negara boleh merujuk laman web http://apims.doe.myuntuk mendapat bacaan IPU terkini pada setiap jam. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN