Pertembungan dua penjuru di PRK DUN Seri Setia - Utusan Malaysia

Pertembungan dua penjuru di PRK DUN Seri Setia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Setia bakal menyaksikan pertembungan dua penjuru antara calon Pakatan Harapan (PH) dan Pas pada 8 September depan.

PH mempertaruhkan bekas Ahli Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) yang juga ahli Parti Keadilan Rakyat, Halimey Abu Bakar manakala bekas Exco Selangor, Dr. Halimah Ali mewakili Pas.

Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Datuk Mohd. Azizi Mohd. Zain berkata, beliau berpuas hati dengan borang pencalonan yang dihantar oleh kedua-dua calon berkenaan dan mengesahkan kelayakan mereka untuk bertanding di PRK tersebut.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Hanya dua calon yang akan bertanding pada PRK tersebut. Undian awal akan dilakukan pada 4 September depan manakala 8 September merupakan hari pengundian yang telah ditetapkan,” katanya di Dewan Sivik MBPJ di sini sebentar tadi. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN