PRK Balakong saksi pertembungan satu lawan satu - Utusan Malaysia

PRK Balakong saksi pertembungan satu lawan satu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGI – Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Balakong pada 8 September depan menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara calon daripada parti MCA dan seorang lagi daripada gabungan Pakatan Harapan (PH).

Mereka ialah Ahli Jawatankuasa MCA Bahagian Bangi, Tan Chee Teong dan Naib Ketua Wanita DAP Bahagian Serdang, Wong Siew Ki.

Kedua-dua calon itu disahkan bertanding di kawasan tersebut oleh Pegawai Pe­ngurus Pilihan Raya, Datuk Rosli Othman selepas selesai sesi penamaan calon di Dewan Utama Demesne, Pejabat Daerah/Tanah Hulu Langat di sini sebentar tadi.

Memuatkan artikel berkaitan…

Kerusi DUN Balakong kosong apabila penyandangnya, Eddie Ng meninggal dunia selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya pada 20 Julai lalu.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14, Ng yang mewakili DAP menewaskan dua pesaingnya iaitu calon Barisan Nasional, Lim Chin Wah dan calon Pas, Mohamad Ibrahim Ghazali dengan majoriti sebanyak 35,538 undi. – K! ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN