Satu lawan satu di Balakong - Utusan Malaysia

Satu lawan satu di Balakong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 18 Ogos- Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Balakong menyaksikan pertembungan satu lawan satu di antara calon Pakatan Harapan (PH) dan MCA.

PH mempertaruhkan Naib Ketua Wanita DAP Bahagian Serdang, Wong Siew Ki dan bakal dicabar calon MCA, Tan Chee Teong.

Pakatan Harapan bergabung
WONG Siew Ki (lima, kiri) melaungkan kata-kata semangat ketika hadir untuk mendaftar di Pusat Penamaan Calon bagi PRK N27 DUN Balakong di Dewan Demesne hari ini. Turut bersama Setiausaha Agong DAP, Lim Guan Eng (tengah). – UTUSAN ONLINE/BERNAMA

Perkara tersebut diumumkan oleh Pegawai Pengurus PRK Balakong Datuk Rosli Othman di pusat penamaaan calon di Dewan Utama Demesne, Pejabat Daerah dan Tanah Hulu Langat di sini hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Chee Teong menyerahkan kertas pencalonannya pada pukul 9.06 pagi manakala Siew Ki pada pukul 9.13 pagi.

MCA berarak ke pusat penamaan calon
TAN Chee Teong ditemani Timbalan Presiden MCA, Datuk Wee Ka Siong bersama penyokong berarak menuju ke Pejabat Daerah dan Tanah Hulu Langat, Seksyen 1, Bandar Baru Bangi, bagi Penamaan Calon untuk Pilihanraya Kecil DUN Balakong, hari ini. – UTUSAN ONLINE/MD. SHAHJEHAN MAAMIN

PRK Balakong bakal menyaksikan buat pertama kalinya logo PH digunakan.

PRK Balakong akan diadakan pada 8 September ini berikutan kematian penyandangnya, Ng Tien Chee akibat kemalangan jalan raya di Lebuh Raya Grand Saga, Cheras pada 20 Julai lalu.

Berarak penyokong MCA
PENYOKONG MCA berarak bersama calon mereka, Tan Chee Teong menuju ke Pejabat Daerah dan Tanah Hulu Langat, Seksyen 1, Bandar Baru Bangi, bagi Penamaan Calon untuk Pilihanraya Kecil DUN Balakong, hari ini. – UTUSAN ONLINE/MD. SHAHJEHAN MAAMIN

Pada Pilihan Raya Umum Ke-14, Tien Chee yang mewakili DAP menewaskan dua pesaingnya iaitu calon Barisan Nasional (BN) Lim Chin Wah dan calon Pas, Mohamad Ibrahim Ghazali dengan majoriti 35,538 undi. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN