KUALA LUMPUR 18 Ogos – Sebanyak tujuh rumah kongsi dan dua kabin kontena musnah 100 peratus dalam satu kebakaran berhampiran Lebuhraya Kuala Lumpur-Kuala Selangor (Latar) sebelum tol Kundang menghala ke Kuala Selangor dekat sini tengah malam tadi.
Jurucakap bomba Selangor berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kebakaran itu melibatkan rumah kongsi dan kabin pekerja untuk kilang batu serta stor mesin pada pukul 12.40 tengah malam.
“Setibanya di lokasi, kami mendapati api sedang marah di kabin dan rumah kongsi dengan keluasan 3.7 meter panjang dan 5.6 meter lebar persegi itu.
Memuatkan artikel berkaitan…
“Anggota bertugas kemudian memadam api dan tiada mangsa yang cedera dalam kebakaran ini,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE











