Emery tetap guna falsafah sama - Utusan Malaysia

Emery tetap guna falsafah sama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON – Pengurus Arsenal, Unai Emery tetap dengan pendirian untuk mengguna pakai falsafah permainan yang diterapkan walaupun tewas pada aksi pertama Liga Perdana England mi-nggu lalu.

Pengendali Paris Saint-Germain (PSG) itu percaya, mencipta serangan bermula dari bahagian pertahanan adalah cara terbaik untuk membawa kejayaan kepada pasukan kendaliannya.

“Kami bukan tewas disebabkan oleh personaliti, idea atau corak permainan yang diterapkan. Kami tewas disebabkan oleh perkara lain contohnya para pemain masih belum menguasai falsafah yang digunakan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Corak permainan yang saya mahu gunakan adalah evolusi dalam bola sepak. Bagi saya para pemain masih berada dalam proses pembelajaran yang mana sekiranya mereka berjaya menguasainya 100 peratus, keputusan positif akan di-terima,” katanya.

Sebagai rekod, Arsenal tewas 0-2 kepada Manchester City minggu lalu. Pada saingan kedua awal pagi esok, mereka sekali lagi berdepan ujian getir apabila dijadualkan beraksi menentang Chelsea.

Dalam pada itu, pengendali kelahiran Sepanyol itu mengakui dia langsung tidak terkesan dengan kritikan yang diterima oleh para peminat.

“Saya hanya mahu membawa perkara positif dalam pasukan ini. Orang ramai serta para penyokong khususnya pasti akan menghargai segala usa-ha dan cara yang kami lakukan setelah ia berkesan tidak lama lagi,” ujarnya. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN