McLaren selamatkan karier F1 Carlos Sainz - Utusan Malaysia

McLaren selamatkan karier F1 Carlos Sainz

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SURREY, England – Pasukan Formula Satu (F1) McLa­ren mengesahkan mereka sudah menandatangani Carlos Sainz dengan kontrak jangka panjang bagi menggantikan Fernando Alonso yang bersara.

Justeru, pelumba berusia 23 tahun itu akan beraksi bersama McLaren bermula musim depan selepas mewakili Renault secara pinjaman dari Red Bull pada tahun ini.

Sainz mengakui, dia sentiasa mengimpikan untuk memandu bersama McLaren sejak dari kecil dan cita-citanya itu bakal terlaksana pada musim depan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya sentiasa meminati McLaren sejak dari kecil kerana pasukan ini memiliki reputasi serta rekod yang cukup baik dalam sukan F1. Selain itu, pelumba-pelumba yang pernah bersama pasukan ini sudah menjadi legenda.

“Fernando (Alonso) merupakan salah seorang daripada legenda tersebut. Jadi, ia merupakan satu penghormatan untuk saya mengambil alih tempat yang ditinggalkan olehnya,” kata Sainz.

Sementara itu, Pengarah Eksekutif McLaren, Zak Brown berkata, Sainz merupakan calon tepat untuk menggantikan Alonso berdasarkan bakat serta pengalaman yang dimiliki pemandu muda terbabit.

“Kami sangat gembira menerima Carlos dalam pasukan ini. Saya akui, kami sudah lama mengikuti perkembangannya kerana dia dianggap sebagai salah seorang pelumba berbakat dalam saingan F1,” ujar Brown. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN