KOTA BHARU – Kelantan mengejutkan Juara Liga Super 2018, Johor Darul Ta’zim (JDT) dengan kemenangan 1-0 dalam aksi ketiga kempen Piala Malaysia -0 di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, di sini sebentar tadi.
Tuah lebih memihak kepada Kelantan apabila memperoleh sepakan penalti pada penghujung babak pertama selepas Muhammad Imran Samso dijatuhkan oleh Marcos Antonio
Cristiano Santos mudah menewaskan penjaga gol JDT, Mohd. Farizal Marlias untuk meletakkan tuan rumah di hadapan pada minit ke-45.
Jaringan itu juga menamatkan kemarau gol pemain itu selama 810 minit sejak menyertai Kelantan pada Mei lalu.
Pelawanan Kumpulan C itu turut menyaksikan dua pemain Kelantan, Mohammad Shahrul Nizam Ros Hasni dan Cristiano Santos diperintahkan keluar padang selepas masing-masing mengutip dua kad kuning pada babak kedua.
Keputusan itu kekal hingga tamat perlawanan menyaksikan Kelantan meraih tiga mata pertama. – K! ONLINE.











