Banjir Kerala ragut 324 nyawa - Utusan Malaysia

Banjir Kerala ragut 324 nyawa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOCHI 17 Ogos – Pasukan kese­lamatan menggunakan khidmat helikopter dan bot untuk memindahkan beratus-ratus penduduk yang terperangkap atas bumbung rumah mereka ketika banjir besar melanda Kerala.

Al-Jazeera melaporkan, jumlah korban kini mening­kat kepada 324 orang dan ang­ka tersebut dijangka bertambah dalam tempoh terdekat.

Hujan lebat yang melanda Kerala sejak lapan hari lalu menyebabkan tanah runtuh sehingga mengakibatkan banyak kediaman dan infrastruktur musnah.

Memuatkan artikel berkaitan…

Selain itu, keadaan bencana ter­sebut menjejaskan perkhidmatan pengangkutan udara dan tren di negeri ini.

Dalam pada itu, hujan yang dilaporkan berhenti hari ini secara tidak langsung membolehkan pa­sukan keselamatan memindahkan mangsa ke 1,200 kem perlindungan sementara di seluruh negeri.

Setakat ini, lebih 150,000 penduduk sudah dipindahkan ke kem-kem perlindungan tersebut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN