Netanyahu disoal siasat berhubung kes rasuah - Utusan Malaysia

Netanyahu disoal siasat berhubung kes rasuah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAITULMUQADDIS 17 Ogos – Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu disoal siasat oleh polis berhubung dakwaan pembabitannya dalam kes membabitkan firma telekomunikasi terbesar di Israel.

Kes tersebut merupakan salah satu daripada tiga pertuduhan rasuah ke atas dirinya namun beliau menafikan pembabitannya dalam semua dakwaan berkenaan.

Pihak berkuasa mendakwa Netanyahu memberikan hak pengawalseliaan yang berat sebelah kepada Bezeq Telecom Israel sebagai balasan bagi liputan berita terbaik untuk beliau serta isterinya.

Memuatkan artikel berkaitan…

Dalam pada itu, menurut polis dan Agensi Keselamatan Israel dalam satu kenyataan bersama, Netanyahu hanya disoal siasat sebagai sebahagian daripada ‘usaha memerangi jenayah kewangan’. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN