Guru, calon SPM SMKSSAAS sambut baik program motivasi UMW - Utusan Malaysia

Guru, calon SPM SMKSSAAS sambut baik program motivasi UMW

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Penganjuran Program Motivasi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2018 UMW siri mendapat sambutan baik dari guru dan pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (SMKSSAAS), Shah Alam, baru-baru ini.

Kaunselor SMKSSAAS, Badariah Baharuddin berkata, program dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Petaling Perdana itu memberi impak yang bagus kepada pelajar terlibat dan memberikan inspirasi kepada mereka menjelang peperiksaan besar itu.

“Harapan saya selepas program ini adalah pelajar lebih bersemangat untuk berjaya, mungkin ada yang malas sebelum ini tetapi mereka tahu hala tuju dan suntikan yang diberikan ini adalah dorongan motivasi sehingga tiba tarikh SPM.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pihak sekolah merasa bersyukur kepada Allah dan mengucapkan terima kasih kepada UMW Corporation Sdn. Bhd., Utusan Malaysia dan PPD Petaling Perdana kerana memberi peluang kepada SMKSSAAS untuk menyertai program ini,” katanya.

Seramai 180 calon SPM di sekolah itu menjalani sesi motivasi yang disampaikan oleh tokoh pendidik, Dr. Ismail Zain dengan penuh tekun memandangkan penyampaian dibuat secara interaktif dengan penglibatan para pelajar sendiri.

SMKSSAAS adalah sekolah keempat daripada lima yang terpilih untuk program tersebut tahun ini dan program dijalankan dalam satu sesi berbanding dua di sekolah terlibat sebelum ini memandangkan jumlah calon SPM yang lebih rendah.

Sementara itu, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Qaryanis A. Aziz berkata, kejayaan yang diharapkan dicapai oleh pelajar dalam SPM 2018 bukanlah sekadar daripada aspek peperiksaan semata-mata malah lebih dariapda itu.

“Motivasi sebegini penting agar mereka berusaha lebih gigih, lebih keras untuk mencapai impian masing-masing. Pihak sekolah berharap kejayaan yang dilakar kelak akan berterusan untuk diri pelajar sendiri dan keluarga mereka,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN