Sebuah lagi kedai emas dirompak, rugi RM800,000 - Utusan Malaysia

Sebuah lagi kedai emas dirompak, rugi RM800,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 17 Ogos- Sebuah kedai emas kerugian RM800,000 selepas dirompak lima lelaki bersenjatakan pistol dan tukul besi di pusat beli-belah Endah Parade, Taman Sri Endah petang tadi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Brickfields, Superintenden Arifai Tarawe berkata, berdasarkan keterangan saksi, tiga suspek yang memakai topi keledar serta berjaket mengacukan tiga pucuk pistol ke arah pengawal keselamatan dan pekerja sebelum melarikan 14 dulang emas.

“Berdasarkan keterangan saksi, suspek telah memecahkan ruang pameran menggunakan tukul besi sebelum melarikan diri dengan tiga buah motosikal.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Hasil pemeriksaan menemukan satu kelongsong pistol dipercayai tiruan. Bagaimanapun, kita akan meneliti kamera litar tertutup (CCTV) untuk siasatan lanjut,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN