Jalan sekitar pusat penamaan calon DUN Balakong ditutup esok - Utusan Malaysia

Jalan sekitar pusat penamaan calon DUN Balakong ditutup esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Beberapa jalan di sekitar Dewan Utama Demesne, Pejabat Tanah dan Daerah Hulu Langat (PTDHL) dekat sini akan ditutup bermula pukul 6 pagi esok bersempena proses penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) kerusi  Dewan Undangan Negeri (DUN) Balakong.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd. Yussof berkata, jalan yang akan ditutup ialah kedua-dua arah Jalan Persiaran Bandar 1 iaitu Jalan Utama hadapan PTDHL, jalan antara persimpangan Jalan Golf (Jalan Hotel Bangi-Putrajaya) dan Persiaran Bandar menghala ke Persiaran Bandar 1.

“Manakala jalan dari arah Persiaran Bandar menghala ke Jalan Golf dan ke Seksyen 1 dibuka seperti biasa,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Beliau berkata, jalan tersebut akan ditutup sehingga proses penamaan calon selesai iaitu selewat-lewatnya kira-kira pukul 12 tengah hari.

Katanya, pihak polis akan menempatkan anggota polis trafik di persimpangan sekitar laluan berkenaan bagi membantu melancarkan aliran trafik di sekitar jalan terbabit yang kemungkinan berlaku kesesakan.

“Pihak kami juga memohon kerjasama penduduk setempat supaya mematuhi arahan polis bagi melancarkan proses penamaan calon,” katanya. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN