Persiapan skuad sepak takraw terjejas akibat kecederaan - Utusan Malaysia

Persiapan skuad sepak takraw terjejas akibat kecederaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PALEMBANG 17 Ogos – Persiapan skuad sepak takraw negara menjelang bermulanya Sukan Asia Jakarta-Palembang esok, sedikit terjejas apabila perejam utama pasukan, Mohd. Hanafiah Dollah terpaksa digugurkan akibat kecederaan pangkal paha, dua hari lepas.

Perkembangan terbaharu itu disahkan ketua jurulatih, Abdul Talib Ahmad ketika ditemui pada sesi latihan rasmi skuad berkenaan di Gor Dempol, Kompleks Sukan Jakabaring, di sini hari ini.

Menurut Abdul Talib, tempat Hanafiah segera diisi Muhammad Kamal Ishak yang dipanggil menyertai skuad kebangsaan, dua hari sebelum mereka berlepas ke Palembang.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kita akui beliau (Hanafiah) merupakan perejam nombor satu negara sekarang, tapi kita juga mempunyai perancangan seandainya terdapat kecederaan pada pemain kita.

“Pemilihan Kamal untuk menggantikan Hanafiah dibuat selepas meneliti pelbagai faktor antaranya dari segi kecergasan dan fizikal,” katanya. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN