Diserang strok haba: PDRM ikut SOP saringan UTK, bukan menyeksa - Utusan Malaysia

Diserang strok haba: PDRM ikut SOP saringan UTK, bukan menyeksa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 17 Ogos – 60 anggota polis yang diserang strok haba di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Bukit Sentosa, Kuala Kubu Bharu semalam bukan diseksa sebaliknya sedang menjalani saringan pemilihan Unit Tindakan Khas (UTK).

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, simulasi yang dijalani mereka semalam merupakan pra syarat untuk kelayakan memasuki pasukan elit tersebut.

“Simulasi tersebut mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan di mana mereka perlu melakukannya selama empat jam, namun selepas dua jam mereka diserang muntah-muntah dan pengsan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Mereka ini bukan pelatih baru, ada yang sudah berkhidmat dalam Polis Diraja Malaysia lebih 10 tahun, jadi mereka sedar untuk menyertai pasukan elit ini bukan mudah,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas merasmikan pelancaran Operasi Rondaan Cegah Jenayah Khas Melibatkan Pelatih PULAPOL, Kuala Lumpur dan Perasmian Pondok Bit Polis Bantuan KLCC di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN