[VIDEO] Kibar Jalur Gemilar di Taman Negara Pahang - Utusan Malaysia

[VIDEO] Kibar Jalur Gemilar di Taman Negara Pahang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 17 Ogos – Sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-61 pada tahun ini, Nusa Holiday Village mempelawa kanak-kanak berusia enam hingga 13 tahun di negara ini mengibar Jalur Gemilang di beberapa lokasi menarik di Taman Negara Pahang.

Program Nusa Nature Camp yang akan berlangsung pada 31 Ogos hingga 2 September itu bertujuan memupuk kesedaran pemuliharaan alam semulajadi dan semangat cintakan negara pada awal usia.

Penyelaras Program, Najib Razak berkata, kem yang dibuka untuk penyertaan secara berkeluarga itu bertujuan memberi pendedahan kepada kanak-kanak mengenai hutan melalui pelbagai aktiviti dan lawatan ke beberapa lokasi menarik di Taman Negara.

“Atur cara program termasuk latihan asas ikhtiar hidup, berkhemah, mandi sungai, meneroka hutan, kunjungan ke kampung Orang Asli, menyumpit, menaiki bot dan kem ibadah.

“Program tiga hari dua malam ini akan memberi tumpuan kepada penglibatan kanak-kanak dalam aktiviti secara berkumpulan manakala ibu bapa pula hadir sebagai penjaga, ‘’ katanya.

Najib berkata, pihaknya turut mengadakan sesi mengibar Jalur Gemilang di beberapa lokasi sepanjang program.

Katanya, program tahunan SPKG Tours Sdn. Bhd. itu dianjurkan dengan kerjasama Tourism Pahang sempena kempen Revisit Pahang Truly Malaysia 2018.

Maklumat lanjut mengenai program ini boleh diperolehi dari laman facebook : Nusaholidayvillage atau hubungi talian 09-266 2369.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×