3.1 juta saman AES belum berbayar dibatalkan - Utusan Malaysia

3.1 juta saman AES belum berbayar dibatalkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 17 Ogos – Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook mengumumkan 3.1 juta saman Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) yang belum berbayar dibatalkan oleh kerajaan.

Menurut Anthony, pembatalan itu dilakukan selepas kontrak syarikat pengendali sistem AES yang akan tamat pada 31 Ogos ini tidak disambung kerajaan.

Operasi kamera dan saman AES akan diambil alih sepenuhnya oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mulai 1 September depan. Penguatkuasaan ini akan dilakukan dengan tegas tanpa sebarang diskaun.

Memuatkan artikel berkaitan…

Jumlah saman adalah sebanyak 3.1 juta. Dengan setiap saman AES adalah RM150, maka jumlah keseluruhannya adalah RM465 juta, katanya seperti yang dilaporkan portal Malaysiakini hari ini.

Siew Fook berkata, kerajaan telah melakukan pengorbanan untuk membatalkan kutipan semua saman AES yang belum dibayar orang ramai. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN